Thursday, April 21, 2011

:: sharing knowledge :: all medik-ukm, please read ::

Assalamualaikum / salam sejahtera.

Untuk mukadimah, saya nak cerita sikit tujuan blog persiapbba0611.blogspot.com ini dicipta dan bagaimana ia tercetus.

Idea ini tercetus ketika wardround di HKL dalam posting internal medicine dalam bulan Jun 2010. ketika itu, saya terfikir bahawa tidak semua info dalam teaching dan wardround ada dalam buku teks atau internet. Dan tidak semua yang di dalam buku atau internet adalah praktikal di Malaysia umumnya atau di HKL atau HUKM khususnya. Jadi apa yang kita belajar ketika teaching atau wardround adalah sesuatu yang relevan, penting, praktikal dan common. common is common. exam pun keluar soalan yang common dan yang selalu ditekankan ketika teaching atau wardround. tidak semua pelajar mendapat peluang untuk teaching atau wardround dengan pensyarah yang rajin berkongsi ilmu. dan tidak semua juga yang tahu bagaimana untuk sharing knowledge with others. so di sini blog ini dijadikan medium untuk berkongsi ilmu. apabila ilmu ini dikongsi, sedikit sebanyak ia dapat membantu rakan2 yang akan menghadapi posting berikutnya dan juga membantu junior2, serta membantu diri sendiri untuk persediaan peperiksaan melalui quick revision of common practices. ketika teaching dengan prof norzi semasa study week yang lepas, beliau terkilan kerana merasakan bahawa pelajar tidak berkongsi apa yang mereka belajar dengan orang lain, dan ini membuatkan orang lain terkapai2. beliau meminta sangat2 pelajar untuk share apa yang telah beliau ajarkan kerana adalah mustahil untuk beliau buat small group teaching dengan semua pelajar di ukm. harap anda semua faham apa yang berlaku di sebalik sejarah blog ini.

antara pelajar yang terlibat dalam peringkat awal blog ini ialah saya, loh jia hui dan alvis. kemudian beberapa orang rakan batch saya turut serta menyumbang dalam blog ini. (maaf tak dapat nak namakan sorang2)

sebelum pro exam saya ada berbincang secara tidak formal dengan exco PERSIAP tentang blog ini. saya bercadang untuk jadikan ia medium sharing knowledge especially yang dapat ketika teaching atau wardround kepada semua pelajar medik ukm. kita tak perlu copy paste dari internet atau buku bulat2 mengikut tajuk tetapi kita letakkan apa yang praktikal dan common in the best way.

blog ini bolehlah dianggap sebagai blog persiap dalam tujuan untuk sharing knowledge. (blog persiap.wordpress.com tu pulak blog untuk sampaikan informasi.)

Berikut ialah perancangan untuk blog persiapbba0611.blogspot.com

1. Menukar alamat blog kepada alamat yang lebih universal. (optional)
2. Merekrut wakil2 tahun 1-5 yang berminat untuk perbincangan lebih mendalam.
3. Menjemput pelajar2 tahun 1-5 melalui wakil2 tahun untuk menyumbang dalam blog. Setiap pelajar boleh menyumbang menggunakan emel masing2 (melalui jemputan co-author)
4. Menyusun kembali label dan page dalam blog. cadangan saya ialah bahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu pre-clinical, clinical dan graduates. untuk preclinical, akan dibuat division mengikut modul (CVS, Respi dan lain2) atau mengikut subjek (anatomi, farmakologi, pathology dan lain2). Untuk clinical, akan subdivision mengikut posting (tak perlu bahagi ikut tahun 3,4 atau 5 sebab apa yang dipelajari mengikut posting adalah sama saja antara tahun). Untuk graduates, ia adalah ruangan untuk MD UKM yang dah graduates (including my batch) untuk berkongsi info alam pekerjaan. namun begitu, tidak semestinya pelajar clinical hanya boleh menyumbang dalam ruangan clinical, mereka juga boleh menyumbang dalam ruangan preclinical. pembahagian ini hanyalah untuk memudahkan pelajar mencari maklumat yang diingini.
5. Mewujudkan ruangan history (supaya pembaca tahu susur galur blog ini) dan juga download (untuk meletakkan apa2 yang perlu didownload).
6. Meletakkan ruangan bloglist untuk senaraikan blog2 pelajar medik ukm mengikut batch.
7. dan lain2 cadangan bernas....
ini hanyalah peringkat perancangan saya. sekiranya ada cadangan atau komen, sila comment. saya amat berharap idea untuk mewujudkan blog yang lebih universal ini tercapai.

terima kasih.
Read more »

 
Powered by Blogger