Jika YA, adakah anda telah dilindungi dari risiko jangkitan Hepatitis B?
Program ini bertujuan untuk memastikan ksemua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berisiko untuk mendapat jangkitan Hepatitis B adalah dilindungi dengan pemberian imunisasi Hepatitis B melalui strategi-strategi berikut :
- Memberikan imunisasi Hepatitis B kepada anggota KKM yang belum pernah mendapat imunisasi atau yang telah mendapat imunisasi tetapi tidak lengkap.
- Menentukan status seroconversion bagi anggota KKM yang telah mendapat imunisasi yang lengkap.
- Memberikan imunisasi ulangan kepada anggota KKM yang mencapai seroconversion selepas mendapat imunisasi yang lengkap dalam kitaran pertama
- Memastikan anggota KKM yang tidak mencapai seroconversion setelah melalui dua kitaran imunisasi yang lengkap untuk mendapatkan khidmat kaunseling atau pengurusan pekerjaan
- Merujuk anggota KKM yang telah dikenalpasti mempunyai status HBsAg positif kepada pakar perubatan yang berkenaan untuk tujuan rawatan dan pengurusan lanjut.
Kategori-kategori jawatan yang perlu terlibat dengan program ini ialah :
- Pakar perubatan/ Pegawai perubatan/ Pegawai Pergigian
- Penyelia Jururawat/ Ketua Jururawat/Jururawat Terlatih/ Jururawat pergigian
- Pembantu Perubatan/ Pembantu Hospital Rendah
- Jururawat Masyarakat/ Penolong Jururawat/ Bidan
- Attendan
- Juruteknologi Makmal Perubatan
- Pegawai Sains (Mikrobiologi/ Biokimia)/ Penolong Pegawai Sains di makmal
- Pembantu Teknologi Makmal Perubatan/ Pembantu Makmal Rendah
- Pembantu Pembedahan Pergigian
- Juru X-ray
- Pembantu Kesihatan Awam
Program imunisasi Hepatitis B ini telah bermula sejak 1989 dan terdapat anggota-anggota KKM yang telah menerima imunisasi yang lengkap. Terdapat juga anggota-anggota KKM yang tidak pernah mendapat imunisasi atau mendapat imunisasi yang tidak lengkap. Oleh itu bagi tujuan program ini, anggota-anggota KKM tersebut telah dibahagikan kepada dua kumpulan :
- Kumpulan 1: Anggota KKM yang tidak pernah mendapat imunisasi Hepatitis B atau yang telah
- mendapat imunisasi Hepatitis B tetapi tidak lengkap.
- Kumpulan 2 : Anggota KKM yang telah menerima imunisasi Hepatitis B yang lengkap sebelum ini
- tetapi tidak mengetahui status imunisasi mereka.
Dos Imunisasi Masa Diberi
- Pertama 0 bulan
- Kedua 1 bulan
- Ketiga 6 bulan
- Satu dos vaksin Hepatitis B : 20ug/1ml.
- Cara pemberian : Suntikan intramuscular (deltoid region).
- Kontraindikasi : Alahan yang serius kepada vaksin Hepatitis B yang terdahulu.
- Kesan sampingan : (Sakit pada tempat suntikan, Demam)