Assalamualaikum / salam sejahtera.Untuk mukadimah, saya nak cerita sikit tujuan blog persiapbba0611.blogspot.com ini dicipta dan bagaimana ia tercetus.Idea ini tercetus ketika wardround di HKL dalam posting internal medicine dalam bulan Jun 2010. ketika itu, saya terfikir bahawa tidak semua info dalam teaching dan wardround ada dalam buku teks atau internet. Dan tidak semua yang di dalam buku atau internet adalah praktikal di Malaysia umumnya atau di HKL atau HUKM khususnya. Jadi apa yang kita belajar ketika teaching atau wardround adalah sesuatu yang relevan, penting, praktikal dan common. common is common. exam pun keluar soalan yang common dan yang selalu ditekankan ketika teaching atau wardround. tidak semua pelajar mendapat peluang untuk teaching atau wardround dengan pensyarah yang rajin...