Wednesday, January 21, 2015

IMUNISASI HEPATITIS B UNTUK KAKITANGAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Adakah anda sekarang sedang bekerja di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia?
Jika YA, adakah anda telah dilindungi dari risiko jangkitan Hepatitis B?

Program ini bertujuan untuk memastikan ksemua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berisiko untuk mendapat jangkitan Hepatitis B adalah dilindungi dengan pemberian imunisasi Hepatitis B melalui strategi-strategi berikut :

  • Memberikan imunisasi Hepatitis B kepada anggota KKM yang belum pernah mendapat imunisasi atau yang telah mendapat imunisasi tetapi tidak lengkap.
  • Menentukan status seroconversion bagi anggota KKM yang telah mendapat imunisasi yang lengkap.
  • Memberikan imunisasi ulangan kepada anggota KKM yang mencapai seroconversion selepas mendapat imunisasi yang lengkap dalam kitaran pertama
  • Memastikan anggota KKM yang tidak mencapai seroconversion setelah melalui dua kitaran imunisasi yang lengkap untuk mendapatkan khidmat kaunseling atau pengurusan pekerjaan
  • Merujuk anggota KKM yang telah dikenalpasti mempunyai status HBsAg positif kepada pakar perubatan yang berkenaan untuk tujuan rawatan dan pengurusan lanjut.

Kategori-kategori jawatan yang perlu terlibat dengan program ini ialah :
  • Pakar perubatan/ Pegawai perubatan/ Pegawai Pergigian
  • Penyelia Jururawat/ Ketua Jururawat/Jururawat Terlatih/ Jururawat pergigian
  • Pembantu Perubatan/ Pembantu Hospital Rendah
  • Jururawat Masyarakat/ Penolong Jururawat/ Bidan
  • Attendan
  • Juruteknologi Makmal Perubatan
  • Pegawai Sains (Mikrobiologi/ Biokimia)/ Penolong Pegawai Sains di makmal
  • Pembantu Teknologi Makmal Perubatan/ Pembantu Makmal Rendah
  • Pembantu Pembedahan Pergigian
  • Juru X-ray
  • Pembantu Kesihatan Awam

Program imunisasi Hepatitis B ini telah bermula sejak 1989 dan terdapat anggota-anggota KKM yang telah menerima imunisasi yang lengkap. Terdapat juga anggota-anggota KKM yang tidak pernah mendapat imunisasi atau mendapat imunisasi yang tidak lengkap. Oleh itu bagi tujuan program ini, anggota-anggota KKM tersebut telah dibahagikan kepada dua kumpulan :
  • Kumpulan 1: Anggota KKM yang tidak pernah mendapat imunisasi Hepatitis B atau yang telah
  • mendapat imunisasi Hepatitis B tetapi tidak lengkap.
  • Kumpulan 2 : Anggota KKM yang telah menerima imunisasi Hepatitis B yang lengkap sebelum ini
  • tetapi tidak mengetahui status imunisasi mereka.

Dos Imunisasi Masa Diberi
  • Pertama 0 bulan
  • Kedua 1 bulan
  • Ketiga 6 bulan
Imunisasi Hepatitis B melibatkan penggunaan vaksin Hepatitis B dan terdapat beberapa maklumat penting untuk makluman dan tindakan semua anggota yang terlibat dalam program ini iaitu :
  • Satu dos vaksin Hepatitis B : 20ug/1ml.
  • Cara pemberian : Suntikan intramuscular (deltoid region).
  • Kontraindikasi : Alahan yang serius kepada vaksin Hepatitis B yang terdahulu.
  • Kesan sampingan : (Sakit pada tempat suntikan, Demam)







3 comments:

AZNIAL RAHMAT said...

PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary

Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

Clinic information:-

PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833

Anonymous said...

apakah langkah seterusnya jika didapati anggota KKM ialah Hepatitis aktif/pembawa?

dojuma said...

ooh nice

Post a Comment

 
Powered by Blogger